CERITA KAMI,

MINYAK CAP BURUNG MERPATI (WILD PIGEON BRAND MEDICINAL OIL)

Minyak Cap Burung Merpati (Wild Pigeon Brand Medicinal Oil) adalah jenama yang dipercayai di seluruh dunia sebagai lambang kepada kesihatan dan kekuatan di seluruh dunia.

Pengasas produk ini telah menghasilkan produk ini sejak turun temurun bersambung ke generasi terkini. Formulasi produk yang telah dihasilkan telah diterima secara meluas selama bertahun-tahun. Berbekalkan formula dan ramuan tradisi keluarga, produk ini mampu kekal berada di dalam pasaran lebih dari 90 tahun. 

Selama lebih 90 tahun, jenama Cap Burung Merpati (Wild Pigeon Brand) telah membina rangkaian pengguna yang setia di seluruh dunia. Mereka secara tidak langsung telah menjadi duta jenama dengan berkongsi pengalaman kepada keluarga dan rakan-rakan. Dengan cara ini, Minyak Cap Burung Merpati (Wild Pigeon Brand Medicinal Oil) dapat memenangi hati dan fikiran berjuta-juta penggunanya di seluruh dunia. Ia juga telah diiktiraf di dalam industri dan di kalangan keluarga sebagai ubat yang boleh dipercayai.

Produk keluaran syarikat ini telah dianalisa dan diluluskan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia dan dijamin selamat serta bersih untuk digunakan. Sehingga kini Minyak Cap Burung Merpati telah memperluaskan pasarannya ke seluruh negara meliputi Hypermarket, farmasi, kedai-kedai runcit sehinggalah ke pelanggan-pelanggan kecil.